Thursday, February 10, 2011

Jom Konvoi Jelai 4 - 10 Feb 2011

Berita Terkini : Program Konvoi Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.



Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini, khasnya buat pengetua SMK Jelai (F) kerana telah memberi sokongan dan turut hadir hingga keakhir program. Terima kasih juga kepada semua belia Jelai Felda, semua guru dan pelajar yang terlibat. Tidak lupa juga kepada ahli jawatan kuasa masjid felda jelai 4 serta ahli qariah yang banyak berjasa dengan memberi sumbangan tempat dan jamuan untuk semua tetamu. Alhamdulillah, program ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Yang menariknya YB Dato' Hajjah Zainab bt. Haji Nasir juga turut serta dengan program bacaan yaasin, solat isyak dan solat hajat. Terima kasih juga kepada pihak RTM yang telah membuat liputan dan rakaman program ini. Jumlah motorsikal yang terlibat dalam konvoi ini sebanyak 53 buah.


Tentatif Program Konvoi ini
5.00 : Semua peserta konvoi berkumpul ditapak perhimpunan
          (Pelajar, belia felda dan guru smk jelai felda)
5.30 : Minum petang di kantin
5.50 : Taklimat dan bacaan doa
6.00 : Bertolak ke stesyen minyak. Setiap motosikal diberi minyak sebanyak RM2.00
6.00 : Konvoi bermula singgah di masjid jelai 3, masjid jelai 1, masjid jelai 2 dan ke masjid jelai 4
7.00 : Temu bual pihak RTM bersama pengetua dan beberapa pelajar terpilih.
          Sesi bergambar
7.20 : Peserta mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid
7.30 : Solat fardhu maghrib, bacaan surah yaasin dan doa
          Solat fardhu isyak dan solat hajat.
          Tazkirah (disampaikan oleh ustaz Khairul)
9.15 : Jamuan (Disediakan oleh masjid jelai 4) dan masjlis bersurai

Disertakan gambat aktiviti program

Temubual antara pengetua En. Omar b. Ahmad dengan pihak RTM

Peserta konvoi bergambar di hadapan masjid jelai 4 bersama ahli jawatankuasa masjid




Bacaan yaasin di masjid jelai 4



Rombongan konvoi singgah sebentar  di masjid jelai 1
Peserta konvoi singgah di masjid jelai 2



Antara peserta konvoi yang terlibat. Yang berdiri pakai kopiah tu... pengetua... sebelahnya pulak.... cuba teka...???




















No comments:

Post a Comment