click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, February 3, 2011

Sejarah BADAR SMKJF


Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah ditubuhkan pada awal Februari 2009. Ia merupakan hasil cetusan idea bernas dari pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (Felda) iaitu En.Omar bin Ahmad. Idea penubuhan ini telah direalisasikan oleh guru-guru Pendidikan Islam sekolah ini. Pada awalnya, BADAR ini hanya disertai oleh beberapa orang ahli dan aktiviti yang dijalankan hanya tetrtumpu di surau sekolah. Setelah beberapa bulan berlalu, bilangan ahlinya bertambah dan aktiviti mula dijalankan di luar kawasan sekolah seperti di surau-surau dan masjid-masjid sekitar Felda Jelai. Walaupun sekolah kami bukanlah sekolah berasrama mahupun sekolah agama, tetapi kami yakin dengan penubuhan BADAR ini, kami dapat memantapkan lagi akidah pelajar-pelajar di SMK Jelai (Felda).